|
|
Sekali terluka bukan bererti selamanya menderita.
Kelukaan hari ini adalah untuk seribu kebahagiaan pada hari esok...insyaAllah!!
Assalamualaikum wbrt dan salam sejahtera!
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang mengunjungi laman Bina Bahagia ini. Maaf saya pohon kerana sejak dilancarkan, saya tidak sempat langsung untuk mengemaskini laman ini. Sedih dan rasa bersalah sendiri sebenarnya namun apa daya, saya hanya manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad.
Terdapat perkara-perkara lain yang lebih perlu saya dahulukan. Namun, insyaAllah…. saya berjanji kepada diri sendiri dan anda semua, saya akan
Kepada anda yang mengunjungi laman ini, saya mengalu-alukan kedatangan anda dan jangan lupa untuk mengunjungi Buku Tamu (Guestbook) saya… segala pendapat dan komen anda amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Hingga jumpa lagi….. 
Suzana bt Ghazali
15hb Disember 2006
Selamat tinggal 2006….
Dalam masa dua minggu lagi, kita akan menjenguk ke tahun baru 2007. Bagaimana? Telah terlaksanakah azam tahun 2006? Jika belum, tanyakan pada diri, kenapakah azam tersebut tidak terlaksana? Pasti ada sebab dan musababnya yang boleh anda jadikan titik pertimbangan untuk meneruskan azam tersebut pada tahun ini atau mencipta azam yang baru yang lebih mencabar, praktikal dan paling penting terbaik untuk diri anda dan insan-insan tersayang di sekeliling anda.
Mungkin ada yang merasakan tahun yang bakal berlalu adalah tahun yang tak pernah diduga akan hadir di dalam diari hidup anda. Lantaran ujian dan cabaran yang betul-betul menekan. Jangan lupa, seperti yang selalu saya katakan, ujian dan cabaran adalah rempah ratus kehidupan. Tanpa ujian dan cabaran, hidup anda akan berlalu bak air yang mencurah keluar daripada pancur, sekadar mencurah turun, tak der langsung nilai-nilai yang boleh dikenang dan dijadikan teladan. Sebaliknya jika hidup anda seperti air sungai yang sekejap cetek sekejap melimpah ke tebing kemudian perlu mengharung segala batu, kayu termasuk sampah sarap…ketibaan anda di muara adalah sesuatu yang amat bermakna.
Paling penting juga: Ingatlah, bukan anda sahaja diuji.
Lantas, jadikan ujian Ilahi sebagai pendekat diri anda kepada-Nya dan percayalah…. YANG PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA…

Ibu kepada dua cahayamata
Bekas graduan Syariah (Law) Uni.Malaya 1998
Pernah menjadi Peguam Syarie bagi mengendalikan kes-kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah
Sekarang ini menumpukan perhatian kepada perundingan, ceramah dan penulisan sahaja
Bagi kes-kes tertentu, akan dipertimbangkan untuk ke mahkamah, insyaAllah
Kolumnis tetap majalah Mingguan Wanita terbitan Karangkraf untuk ruangan Resipi Hidup
Menerima undangan untuk memberikan ceramah kekeluargaan, perundangan syarie dan motivasi diri
Pernah memberikan ceramah sedemikian di jabatan kerajaan, pejabat swasta, sekolah dan IPT
Pernah menjadi panel dalam rancangan terbitan RTM, TV3 dan Astro
bravenet.com