untitled

Ketahuilah...

Undang-undang adalah untuk kebaikan dan bukan untuk menyusahkan anda...

Kenali Undang-undang Anda

 

4.       Apakah hak-hak yang boleh diperolehi melalui undang-undang tersebut?

J: Hak-hak yang boleh diperolehi dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu:

a)       hak sebelum perkahwinan atau pra perkahwinan

b)       hak semasa tempoh perkahwinan

c)       hak selepas tempoh perkahwinan

 

 

PRA PERKAHWINAN

 

5.       Apakah hak-hak seseorang individu semasa sebelum perkahwinan seperti yang terkandung di dalam peruntukan undang-undang kekeluargaan?

J: Seseorang individu mempunyai hak untuk mengatur urusan perkahwinannya. Undang-undang Kekeluargaan Islam telah menetapkan beberapa hak yang boleh diperolehi iaitu:

a)       had umur minima perkahwinan

b)       hak diminta keizinan untuk berkahwin

c)       hak di dalam pertunangan

d)       hak untuk mendapat mahar/ mas kahwin

 

 

6.       Apakah yang dimaksudkan dengan had umur minima perkahwinan?

J: Had umur minima perkahwinan bermaksud, seseorang individu sama ada lelaki atau perempuan ditetapkan mencapai usia tertentu iaitu 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki, untuk melayakkan individu tersebut berkahwin.

 

  Petikan daripada Buku Soal Jawab Undang-undang Kekeluargaan Islam terbitan RDS Mawaddah Consultancy Centre

Bersama Peguam Anda

Satu ruangan iaitu "Bersama Peguam Anda" telah diwujudkan bagi membolehkan anda bersoaljawab dengan Peguam Syarie yang disediakan. Anda boleh mengemukakan soalan berkaitan perundangan syarie atau kes-kes di bawah pengendalian Mahkamah Syariah dan rakan-rakan saya yang merupakan para Peguam Syarie terlatih, berpengalaman dan masih mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah akan menjawab soalan-soalan anda. Emelkan soalan anda dengan subjek: Bersama Peguam Anda kepada suzanaghazali@yahoo.com

Terima kasih.  

 

 
 


Report Content · · Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com