|
|
Topik perbincangan terkini: CINTA JARAK JAUH
Dapatkan segera MW bil 1024 bertarikh 15-21 Dis 2006.
QUEEN CONTROL (siaran di Berita Harian)-siri1 1. Masih adakah zaman sekarang ini wanita yang bersikap queen control?Jwpn: Ya. Masih ada. Terdapat dua jenis wanita queen control iaitu:1. Queen control yang memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumah tangga2. Queen control yang membebankan suami dan menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga. 2. Adakah sikap lelaki membuatkan wanita bersikap queen control?Jwpn: Boleh dikatakan ya. Wanita boleh bersikap queen control disebabkan beberapa sebab yang asasnya berpunca daripada lelaki:1. Suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri perlu mengambil alih peranan suami sepenuhnya2. Suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal segala tindak tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi3. Suami gagal mengawal isteri hingga membiarkan diri dikawal sepenuhnya oleh isterinya 3. Adakah lelaki akan jemu dengan wanita yang bersikap queen control?Jwpn: Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki takkan rasa jemu malah tak mustahil lelaki akan rasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri. Namun, jika control si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak mengulangi kesilapan lalu, memang lelaki akan rasa jemu dan bosan. Sebabnya, lelaki akan mula rasa segala pergerakannya tidak bebas dan terkawal. Sama juga dengan sikap wanita yang memang sejak awal gemar mengawal dan bila bersama dengan teman lelaki atau suami, dia tidak dapat membuang sikap suka mengawal tersebut ditambah pula dengan kegagalan si lelaki mengawal wanita tadi, lelaki pasti rasa jemu dan bosan. Kalau sebagai teman lelaki, tidak mustahil wanita tadi akan ditinggalkan dan jika sebagai suami, tidak mustahil juga si suami akan mula pasang mata mencari wanita lain yang boleh memberikan ketenangan kepadanya. Paling buruk, lelaki akan mengambil pendirian keluar daripada perkahwinan. 
(sambungan dari siri yang lepas)Anak yang dilahirkan adalah suci dan bersih. Kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab membentuk peribadi mereka dan menentukan halatuju mereka. Justeru, kecemerlangan anak kita bermula daripada kita, lantas:11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambutharijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganyamurah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akanmerasa pentingnya kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalahbegitu realiti dalam dunia mereka.15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masayang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripadamembuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalahkebenaran mereka sebelum berbuat demikian.16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamatmalam.17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress anda menjadi ibu bapa.18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripadakeluarga.19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkalacuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluhtahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasasunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Cubalah memahami perasaan mereka.
bravenet.com