untitled

Minda intelek

Wasiat dari segi syarak bererti pemberian yang disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu pemberian tersebut diserahkan setelah pemberinya sudah mati. Mughnil Muhtaj oleh Muhammad Al-Khatib Al-Syarbini jilid ketiga muka 139

Kongsi Ilmu

Keperluan Wasiat

Menurut Undang-undang di Malaysia

 

Peruntukan daripada Akta Probate dan Pentadbiran 1959 ,  Akta Pusaka Kecil (Pembahagian 1955) , Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang berkaitan serta peraturan-peraturan mahkamah Tinggi  1980 perlu di gabungkan serta digunapakai dan ini termasuklah :

 

  • Permohonan Sijil perwarisan /Faraid daripada Mahkamah Syariah untuk menentukan bahagian/saham setiap benefisiari yang layak.
  • Permohonan Surat  Kuasa Mentadbir ke Mahkamah Tinggi ( untuk harta pusaka bernilai lebih daripada RM600,000)  oleh seseorang yang telah dilantik dan dipersetujui oleh semua benefisiari untuk bertindak sebagai pentadbir. Sekiranya tiada persefakatan dalam memilih seorang pentadbir proses permohonan ini akan tertangguh dan mengambil masa yang lama.
  •  Bagi harta pusaka yang bernilai RM 50,000.00 atau lebih, biasanya perintah mahkamah akan diperolehi sekiranya Pentadbir boleh menyediakan “ Bon Pentadbiran” dimana  penjamin tersebut  adalah untuk memastikan bahawa pentadbir melaksanakan tanggungjawab dengan betul, kecuali pengecualian daripada bond pentadbiran tersebut diperolehi daripada mahkamah atau pentadbir yang dilantik adalah syarikat pemegang amanah.

 

Dari  segi masa, proses pembahagian harta pusaka tidak berwasiat mungkin boleh mengambil masa diantara satu ke dua tahun dan  mungkin lebih lama sekiranya benefisiari gagal memberi persetujuan dalam memilih pentadbir ataupun pentadbir gagal mendapatkan penjamin yang mencukupi. Sepanjang  proses undang-undang yang diperlukan berjalan, harta pusaka si mati akan terbeku.

 

Halangan-halangan yang telah disebut di atas dapat diatasi sekiranya si mati semasa hayatnya telah  membuat Wasiat dan melantik Syarikat Pemegang Amanah sebagai Wasi.

 

Wasiat menurut kacamata  Islam

 

Orang Islam digalakkan menulis Wasiat . Ada golongan yang bersifat sinis tentang mengapa perlu menulis Wasiat dengan mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W tidak membuat Wasiat. Hadis berikut menjelaskan keadaan sebenar bahawa  Rasulullah  S.A.W telah menulis Wasiat.

 

Diriwayatkan Talha bin Musharrif Saya bertanya Abdulah bin Abu Aufa, “Adakah Rasulullah S.A.W membuat Wasat? Dia menjawab “Tidak,” saya bertanya beliau “Bagaimanakah umat Islam disunatkankan supaya berwasiat (atau diperintahkan  supaya berwasiat? Ia menjawab, “Raslullah S.A.W berwasiat dengan kitab Allah (a Quran)

Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1)

 

Sesungguhnya, orang Islam digalakkan untuk menulis Wasiat . Seperti yang diriwayatkan

Rasullulah s.a.w bersabda bermaksud: “Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya”.

 

Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1)

 

......bersambung...

 

Oleh:

Pn. Amna Fazillah bt Ismail

Syariah Executice

as-salihin Trustee Sdn Bhd

 

Tanyalah Kami

Kini anda boleh bertanya apa juga soalan berkaitan dengan wasiat, pusaka, hibah atau apa juga persoalan mengenai muamalah Islam. Para intelektual jemputan akan akan berusaha merungkaikan permasalahan anda, insyaAllah. Emelkan soalan anda dengan subjek Tanyalah Kami kepada suzanaghazali@yahoo.com 

 

 
 


Report Content · · Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com